Anda, kalian...sedang ceria ke?? Atau sedang berduke?..masam macam peria?? Hehe...jangan gitu. Pilih ceria, ukir senyum. Syiiioookk....
Kalau rasa bahagia, ceria, gembira ni dilihat dan dikongsi..hah! Makin kembang rasanya jiwa, hati, badan. Seronok manjang. Kalau sedih-sedih..apa pun tak menjadi nanti. Ye tak?? :)
...it will affect the entire activities yang kita akan dan sedang lakukan.
---------------------
Masih ingat lagi entry Julai 2007 saya?? Heh, yang saya buat program Kem Bina Insan di SK Taman Bunga Raya (1) di Rawang. Ingat? Tak ingat?? Takpelah. Ni ada cerita nak kongsi :)
Keputusan UPSR adik-adik kami pada tahun ini nampaknya cemerlang dan mencapai target. Huh, hebat betul adik-adik ni :)
Guru Besar menyasarkan lebih 40 orang mendapat 5A pada tahun ini. Dengan pelajar yang melebihi 200 orang, dan UPSR 2006 tidak sampai 30 orang, pihak sekolah amatlah bimbang. Mereka berharapkan sesuatu. Jadi kami semua bekerjasama.
Hasilnya...
Tahun ini, keputusan UPSR melebihi sasaran! Lebih 50% peningkatan :) Dan, seramai 46 orang mendapat 5A, 32 orang dapat 4A 1B. Alhamdulillah....saya, tak terkata apa. Hasil yang terhasil adalah sebuah anugerah yang indah dari Tuhan..
Dan, pada saat saya terima berita gembira tersebut, saya kongsikan dengan ayah. Saya terima ucap tahniah dari ayah. Terima kasih pada ayah yang sering percaya pada anaknya, saya :)
----------------------
Anda tahu, sebelumnya adik-adik ini mungkin tak terlihat sinarnya. Yang nakal pun ramai. Siap ajak fasi bermain sama waktu program. Terjerit-jerit kami mengundang sayang. Sabar, sabar. Kami menyanyi, menari dan bicara. Menanam semangat dan jiwa besar untuk mereka.

Dan, saya takkan lupakan detik bergetar nurani bila ruang yang ada bergema dengan 'jiwa along' saya. Adik-adik telah membuktikan bahawa mereka adalah juara.
..adik-adik yang kami kasihi membuktikan yang mereka mampu lakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Inilah hasil gabung usaha yang dituai. Syukur Alhamdulillah.
Ini yang mampu saya dan teman-teman lakukan. Menjadi pemudahcara. Mencetus impian dan semangat. Menjadi akrab dan menyuntik motivasi. Yang segalanya dipantulkan semula kepada kami di dunia kampus. Inilah kurnia Tuhan yang amat bernilai.
Ini cetusan bahagia saya ^_^ V
No comments:
Post a Comment